PENDAHULUAN
Malaysia
adalah negara yang kaya dengan pelbagai jenis tumbuhan. Terdapat ribuan spesis
tumbuhan di negara ini. Tumbuhan yang pelbagai jenis itu bukan saja bermanfaat
untuk dimakan atau dijadikan tempat berteduh malah padanya terdapat 1001 rahsia
penawar bagi pelbagai jenis penyakit. Ia bukan sahaja dapat dijadikan penawar
untuk penyakit berbahaya seperti barah paru-paru dan pankres yang dapat diubati
dengan buah aprikot. Malah ia juga dapat menyembuhkan selesema seperti kulit
kayu manis, sembuhkan bisul seperti kangkung dan juga baik untuk kesihatan
rambut seperti bijan. Khasiat tumbuhan sebagai penawar penyakit ini sebenarnya
sudah diketahui berkurun lamanya oleh nenek moyang kita. Mereka menjadikan
tumbuhan itu sebagai penawar yang sangat berguna bagi pelbagai jenis penyakit.
Kerana itu kita dapat lihat nenek moyang kita masih hidup segar biarpun usia
mereka sudah mencecah 100 tahun.
BAWANG PUTIH
Bawang
putih dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Allium sativum dan berasal dari keluarga Amaryllidaceae.
Ia adalah sumber rempah ratus yang popular sejak zaman berzaman. Khasiatnya
mula dikenal pasti lebih 10,000 tahun lalu. Bawang putih berbau tengit kerana
ia mengandungi sejenis minyak dikenali sebagai allicin. Ia juga kaya dengan selulos, vitamin A,B dan zat galian
seperti zat kalsium, fosforus dan besi.
Selain
digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga mempunyai banyak khasiat
untuk mengubati pelbagai jenis penyakit. Orang-orang Syria mencampurkan bawang
putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, cirit birit dan menahan sakit
semasa bengkak. Ia juga dikatakan berkesan untuk menguruskan badan, menurunkan
paras kolestrol dan tekanan darah tinggi dan menambah kepekatan darah.
Kandungan
bawang putih bukan sahaja menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem kawalan
secara semula jadi untuk membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri
(berak darah). Taun dan bengkak kerongkong.
KANGKUNG
Kangkung
dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Ipomea
aquatica Forsk dan berasal dari keluarga Convolvulaceae. Ia adalah sejenis tanaman popular di kalangan
masyarakat tempatan. Ia lazat dimakan sama ada digoreng sebagai sayur atau
dicelur untuk dibuat ulam.
Kangkung
kampung tumbuh liar di sawah padi ataupun di mana-mana kawasan lembab yang
berair manakala sejenis lagi kangkung di tanam menggunakan benih di kebun-kebun
sayur.
Tanaman
ini bernilai tinggi dalam rawatan tradisional khususnya untuk meredakan
kesakitan serta mengecutkan bisul. Caranya adalah dengan menggunakan segenggam
daun kangkung yang segar dan hijau bersama-sama batangnya kemudian tumbuk
sehingga lumat. Campur dengan sedikit garam lalu ditempelkan pada bahagian yang
bengkak. Biarkan hingga kering dan anda akan dapati bisul itu kecut dan tidak
lagi terasa sakit atau berdenyut-denyut. Ulang beberapa kali lagi hingga bisul
sembuh sepenuhnya.
BIJAN
Bijan
dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Sesamum
indicum dan berasal dari keluarga Pedaliacea.
Ia adalah sejenis bahan makanan yang
banyak digunakan untuk membuat pelbagai jenis roti dan kuih muih. Pokoknya
tumbuh menegak setinggi satu meter dan mengeluarkan bunga kecil yang berbau
harum berwarna putih keunguan.
Bijan
kaya dengan proten, vitamin A dan E, lemak dan mengandungi 55 peratus minyak
yang amat popular dalam masakan Cina. Terdapat dua jenis bijan iaitu putih dan
hitam tetapi jenis putih adalah yang paling popular. Bijan juga mempunyai nilai
perubatan yang tinggi dalam rawatan tradisional. Kegunaannya yang paling ketara
dalam perubatan tradisional ialah ia
boleh melebat serta menghitamkan rambut dan mengatasi masaalh rambut
kering dan uban.
Bijan
juga berkesan dalam menguatkan tubuh badan. Ia baik untuk hati dan limpa serta sesuai diamalkan oleh mereka yang
mengalami masalah kekurangan darah.
POKOK TURI
Pokok
turi dikenali dari segi saintifiknya sebagai sesbania grandiflora pers dan berasal dari keluarga Leguminosae. Ia sejenis sayur kampung
yang enak rasanya. Tumbuhan ini juga dikenali sebagai keti di negeri-negeri di
bahagian utara seperti di Pulau Pinag, Kedah dan Perlis.
Pokok
turi banyak ditemui di kampung-kampung dan tumbuh setinggi lima sehingga 10
meter. Ia mengeluarkan bunga berwarna merah atau putih dan kekacang sepanjang
25-50 sentimeter. Pokok turi bernilai tinggi dari segi perubatan tradisional.
Kulit pokoknya ditumbuk halus dan digunakan untuk berkumur bagi merawat
penyakit ulser dalam mulut. Kulit pokok turi juga boleh direbus dan airnya
diminum untuk mengubati sakit perut dan cirit birit. Ia juga boleh diminum
untuk melegakan masalah asid di bahagian perut.
KESUM
Kesum
dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Polygonum
minus huds dan berasal dari keluarga Polygonaceae.
Ia mudah ditanam, khususnya di kawasan-kawasan lembap yang berair. Daunnya
digunakan sebagai ramuan untuk mengharumkan masakan tempatan seperti laksa dan
masak asam pedas.
Selain
digunakan di dalam ramuan masakan kesum juga mempunyai nilai perubatan yang
tinggi. Ia mujarab untuk mengubati masalah perut tidak hadam dan masalah
kelemumur. Untuk melegakan masalah perut tidak hadam. Daun kesum direbus
kemudian airnya diminum. Untuk merawat masalah kelemumur pula, daun kesum
ditumbuk kemudian diperah. Air perahan itu dicampur dengan sedikit air sebelum
digosok kekulit kepala. Biarkan 3-5 minit kemudian bilas dengan air bersi
BELIMBING BULUH
Belimbing
buluh dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Averrhoa belimbi linn dan berasal dari keluarga Oxalidaceae. Ia sejenis tumbuhan
tempaatn yang ditanam untuk mendapatkan buahnya. Rasanya masam dan banyak
digunakan dalam pelbagai masakan seperti sambal belacan, masak lemak dan
sebagainya.Belimbing buluh juga mempunyai nilai ubatan yang tinggi. Ia berkesan
untuk melicinkan kulit muka, serta mengatasi masalah jerawat. Buahnya diparut
kemudian dicampur dengan sedikit garam dan sapu kekulit muka
Jus
buah belimbing buluh berkesan untuk melegakan penyakit tekanan darah tinggi,
kencing manis dan pitam. Ia juga berkeasn untuk melegakan masalah batuk.
Caranya adalah dengan merebus buah, daun dan bunga belimbing buluh kemudian
airnya diminum setiap pagi dan petang. Bunga belimbing juga mujarab untuk
merawat sakit gigi.
BROKOLI
Brokoli
dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Brassica
oleracea italica dan berasal dari keluarga kobis Brassica. Ia dapat menjauhkan penyakit barah. Ia adalah di antara
jenis makanan yang paling kaya dengan bahan-bahan fotokimia berfungsi
melundungi tubuh badan daripada penyakit barah, gangguan kardiovaskular, dan
masalah kedutan.
Amalan
memakan satu setengah cawan sayur brokoli pada setiap hari berkesan untuk
menghindarkan penyakit barah di kawasan paru-paru, usus besar, perut, mulut,
farinks dan prostat. Brokoli juga
mengandungi beta-carotene dan alpha- carotene, sejenis bahan
antipengoksidaan yang bertindak melawan penyakit barah paru-paru dan menghalang
pertumbuhan sel ketumbuhan. Kandungan klorofil yang tinggi dalam sayur kalori
menyekat pertumbuhan pertumbuhan sel barah dan merangsang pembiakan sel darah
merah dan hemoglobin.
KULIT KAYU MANIS
Kulit
kayu manis dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Cinnamomum zeylanicum dan berasal dari keluarga Lauracea. Ia berfungsi memanas dan
mengering, dari itu sesuai diamalkan bagi megubati selesema serta melancarkan
pengaliran darah. Ia dikunyah bagi mengeringkan hingus. Amalan membancuh susu
yang dicampur dengan sedikit serbuk kulit kayu manis juga berkesan untuk
meredakan sakit itu.
Kesannya
lebih lembut daripada halia tetapi tindakannya lebih keras. Kedua-dua herba itu
seringkali direbus bersama-sama bagi menghasilkan minuman yang melegakan bagi
mengatasi masalah lenguh-lenguh badan, terutamanya dibahagian kaki, tangan,
lutut dan pinggang berpunca daripada kesejukkan.
Air
rebusan kulit kayu manis dan halia juga sesuai diamalkan oleh kaum wanita yang
sering mengalami senggugut atau kesakitan dibahagian ari-ari dan kaki.
Disamping itu ia juga boleh digunakan untuk berkumur untuk mengubati sakit gusi
dan juga menghilangkan masalah pernafasan berbau.
TERUNG BELANDA
Terung
belanda dari segi saintifiknya dikenali dengan nama Solanum torvum swartz dan berasal dari keluarga Solanaceaea. Ia adalah sejenis tanaman
yang tidak memerlukan penjagaan rapi. Ia biasanya hidup liar dan banyak ditemui
di kampung-kampung, di kawasan terbiar dan di kawasan hutan.
Tumbuhan
ini juga dikenali dengan nama terung rajah wang. Disesetengah tempat ia disebut
terung manggas atau terung pipit putih. Buah terung belanda dimakan untuk
menambah selera makan dan menurunkan tekanan darah tinggi. Dari segi perubatan
daunnya dipercayai berkesan untuk mengubati masalah pitam dan sengal-sengal
tulang.
TERUNG
Terung
berasal daripada keluarga Solanae. Ia
baik untuk menjaga kesihatan jantung. Ia berkemampuan menurunkan paras
kolestrol. Ia juga kaya dengan kalium yang bertindak memulihkan paras natrium.
Terung dikisar dan diminum untuk melawaskan kencing. Ia juga bertindak sebagai
julab kerana kandungan seratnya yang tinggi Kombinasi antara serat dan terpenes, sejenis bahan
antipengoksidaan, dalam terung membantu menghindarkan kesan-kesan hormon yang
mengakibatkan beberapa jenis penyakit barah serta mengelakkan kerosakkan
berpunca daripada pengoksidaan itu.
Terung
baik diamalkan oleh wanita mengandung. Ia membekalkan folate, sejenis vitamin
yang menjaga kesihatan janin dalam kandungan. Sayur terung juga digunakan oleh
kaum Hindu sebagai ramuan untuk menguatkan tenaga batin. Terung juga sesuai di
gunakan untuk memelihara kejernihan kulit muka. Selain itu terung boleh dikisar
dan disapu ke kulit muka untuk menghilangkan jeragat.
KACANG TANAH
Kacang
tanah berasal dari keluarga kekacang dikenali sebagai Leguminosa. Ia kaya dengan lemak, vitamin A,B, E dan K, lesitin,
kolin, asid amino dan kalsium. Ia mempunyai rasa yang manis dan banyak
digunakan untuk membuat beraneka jenis kuih-muih. Kacang tanah merupakan
sejenis tanaman tropika. Ia tumbuh secara renek dan mengeluarkan daun-daun
kecil. Kacangnya pula tumbuh didalam tanah. Selain digunakan sebagai sumber
makanan, kacang tanah juga bernilai tinggi dari segi perubatan. Kajian-kajian
menunjukkan minyak kacang tanah boleh menurunkan tekanan darah tinggi dan juga
paras kolestrol dalam darah.
Kacang
tanah dikatakan berkesan untuk melegakan penyakit hemofilia atau kecenderungan
mudah berdarah, nefritis (radang buah pinggang, penyakit keputihan, insomnia).
PENUTUP
Penduduk
Malaysia seharusnya berbangga kerana dikurniakan hutan tropika yang mempunyai
pelbagai jenis tumbuhan dan terdapat 1001 penawar dan manfaat daripadanya.
Hutan tidak perlu ditebang dengan sewenangnya kerana di situ mungkin terdapat
tumbuhan renek dan akar kayu yang mampu mengubati pelbagai jenis penyakit.
Justeru, setiap daripada kita seharusnya menghargai setiap tumbuhan yang ada di
sekeliling kita.
BIBLIOGRAFI
Betty Molesworth, Malaysia Nature Handbooks,
Longman Malaysia Sdn. Bhd. 1981.
Mastika
Bil. 680-685, Utusan Melayu Berhad,1998.
Mastika
Bil. Julai-Disember, Utusan Melayu Berhad, 1996.
Wendy
Huttan, Tropical Vegetables of Malaysia and Singapore, Periplus Editions, 1996
Tiada ulasan:
Catat Ulasan