Rabu, 19 September 2012

Salam Perkenalan



Syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan limpah kurnia-Nya, saya ditempatkan bertugas di SK Desa Aman ini. Adalah menjadi tanggungjawab saya sebagai pentadbir bersama rakan-rakan Guru Penolong Kanan dan semua guru serta staf sokongan untuk menguruskan sekolah ini. 

Sepertimana yang kita maklum, bahawa sebagai sekolah baru, tentu banyak kekurangan dan kelemahan. Oleh itu, di samping mendapat bimbingan dan bantuan daripada Jabatan Pelajaran Selangor dan Pejabat Pelajaran Daerah Kuala Selangor, saya amat mengharapkan kerjasama dan sokongan padu daripada semua ibu bapa, PIBG, Persatuan Penduduk dan sesiapa sahaja untuk sama-sama memba ngunkan sekolah ini. 

Harapan saya semoga suatu masa nanti SKDA akan cemerlang dan menjadi sebutan dalam semua bidang terutama kurikulum, kokurikulum dan sahsiah murid. Moga harapan menjadi kenyataan.
Wassalam.

1 ulasan: