
Sekolah Kebangsaan
Desa Aman (SKDA) telah mula beroperasi pada 16 September 2011 dengan penempatan
Guru Besar dan Penolong Kanan. Sepatutnya murid mula ditempatkan ke sekolah ini
pada 16 Oktober 2011, namun disebabkan ketika itu murid sedang menduduki
peperiksaan akhir tahun, maka murid mula mendaftarkan diri pada 1 November
2011. Pada masa itu, warga SKDA seramai 22 orang guru, 2 orang staf sokongan
dan 410 orang murid.
Kebanyakan
murid adalah dari SK Merbau Sempak dan SK Saujana Utama. Mereka ditempatkan
secara pakej (beramai-ramai). Hanya
murid Tahun 1 hingga Tahun 4 sahaja diterima masuk pada tahun 2011. Ini
bermakna tahun 2012, SKDA mempunyai murid dari Tahun 1 hingga Tahun 5. Bagi sesi 2012 murid SKDA kini seramai 620
orang termasuk 50 orang murid Prasekolah, 36 orang tenaga pengajar dan dibantu
oleh 2 orang staf sokongan sehingga hari ini. SKDA mempunyai 24 buah bilik
darjah, 2 bilik Makmal Komputer, 2 bilik Sains, 1 bilik Kemahiran Hidup, 1
bilik Seni, 1 bilik Pemulihan, 1 bilik Bimbingan dan Kaunseling dan 2 bilik
Prasekolah.
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam